Rawatan sebelum rujuk proses iui di HKL
اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
entry kali ni aku nak share procedure sebelum korang akan dirujuk ke HKL bagi rawatan kesuburan.
1. Step korang kene pegi ke mane² klinik kesihatan untuk maklumkan kepada Dr yang berapa lama korang dah kawin dan masih tidak dikurniakan cahaya mata. Dr dari Klinik Kesihatan yang akan referkan korang ke Hospital bahagian O&G atau Obstetrics and gynaecology.
2. Aku cadangkan dapatkan surat rujukan dari Klinik Kesihatan kerana bayaran rawatannya hanya rm5 setiap kali rawatan. Tapi kalau surat rujukan dari Klinik Swasta atau Hospital Swasta setiap kali rawatan Rm30.
3. Biasanya untuk Obstetrics and gynaecology setiap hospital kerajaan ada sediakan. Untuk rawatan kesuburan dkt Obstetrics and gynaecology hospital kerajaan biasa ni tak ada sampai sediakan rawatan iui. Lazimnya Dr akan bagi clomid untuk meransang pembesaran telur wanita, dan persenyawaan dilakukan secara normal. Berdasarkan pengalaman kami. Clomid dibekalkan dilakukan ke atas kami sebanyak 5 kitaran sebelum dirujuk ke HKL.
4. Di hospital kerajaan juga tidaklah terlalu naif. Dr juga akan membuat rawatan kesuburan dengan mengambil kira hormon, tube falopine dan kesihatan sperma. Rawatan yang disediakan pembuangan cyst, x-ray HSG termasuk jugak sperm/semen test.
5. Selepas segala ujian tidak berjaya membuahkan hasil. Dr dari Obstetrics and gynaecology hospital kerajaan akan merujukkan kes korang ke hospital kerajaan yang ada menyediakan rawatan ivf ni. Hanya 4 buah hospital kerajaan yang menyediakan perkhidmatan ini. Hospital Kuala Lumpur, Hospital Likas Sabah, Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.
Bole dpt kn contact no klinik kt muar yg jual profortil murah.ni email sy..wan-norhanaf@ambankgroup.com
ReplyDelete